Mengikut Mazhab Syafi’e, aurat wanita dalam solat ialah sekujur badan kecuali muka, bahagian belakang tangan dan telapaknya. Bila auratnya terbuka dalam solat, sedangkan dia sanggup menutup, maka batal solatnya. Bila auratnya terbuka oleh tiupan angin, lalu ditutupnya tanpa banyak gerakan, tidak membatalkan solat. Tetapi bila auratnya terbuka kerana sebab lain umpamanya kerana dilanggar binatang atau anak kecil yang belum mumayyiz sekalipun, maka solatnya batal.
Penjelasan Berdasarkan Dalil daru Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW
Dalil
Maksudnya, wanita tidak boleh menampakkan bahagian tubuh yang diberi perhiasan kecuali muka dan telapak tangan. Keterangan lebih lanjut akan kami jelaskan di belakang. Hadis-hadis Rasulullah saw dan Atsar:
Hadis itu diriwayatkan oleh Al-Khamsah (perawi yang lima) selain Nasa’i. Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim mengatakan hadis itu sahih. Kata Tirmidzi hadis itu hasan. Yang dimaksud dengan wanita haid, ialah wanita yang telah baligh. Khimar ialah kain tutup kepala wanita, seperti kerudung, mukenah atau telekung.
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Daud dan dikatakan sahih oleh Aimmah (pemuka-pemuka hadis).
Dira’ ialah baju wanita yang dikenakan melalui leher sampai ke badan (seperti gaun, blaus, kemeja atau baju kurung).
Izar ialah pakaian yang menutup tubuh separuh ke bawah hingga kaki, (seperti sarung atau rok).
Dan Aisyah sendiri memakai izar dan jilbab ketika solat. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Saad dengan sanad yang sahih sesuai dengan syarat Imam Muslim.
Mengenai pakaian wanita dalam solat, Ibnu Umar r.a. mengatakan:
Hadis-hadis dan atsar tersebut di atas senada semuanya, yaitu mewajibkan wanita memakai khimar (kerudung) dan dira’ (gaun atau baju kurung yang sampai ke tumit).
Mengenai khimar, Allah swt memerintahkan kepada para wanita supaya menutupkannya sampai ke dada. Firman Allah swt:
Sebab turun ayat ini, kerana para wanita pada zaman itu bila memakai tutup kepala (khimar), mereka lepaskan atau mereka uraikan ke punggung. Sedangkan leher, kuduk, dan telinganya terbuka, tidak ditutup dengan kerudung yang dipakainya. Kerana itu, Allah swt memerintahkan supaya menutup kerudung ke dada (Al Juyub) mereka dengan firman-Nya:
Makna “Al Jib” dalam kata “juyuubihinna” ialah tempat mengenakan baju kurung, blaus, atau gaun, meliputi leher dan dada.
Ibnu Hazm mengatakan dalam bukunya Al-Mahalli, ” Allah swt memerintahkan para wanita menutupkan kerudung sampai ke dada mereka (juyuubihinna), jelas yang dikehendaki nas (materi) perintah itu ialah menutup aurat, kuduk, leher dan dada. Hanya boleh membukakan muka, sedangkan yang lain-lain tidak.
Kesimpulannya , mengikut MAZHAB SYAFI’I Aurat wanita dalam solat ialah sekujur badan kecuali muka, bahagian belakang tangan dan telapaknya. Bila auratnya terbuka dalam solat, sedangkan dia sanggup menutup, maka batal solatnya. Bila auratnya terbuka oleh tiupan angin, lalu ditutupnya tanpa banyak gerakan, tidak membatalkan solat. Tetapi bila auratnya terbuka kerana sebab lain umpamanya kerana dilanggar binatang atau anak kecil yang belum mumayyiz sekalipun, maka solatnya batal.
Shopping Basket
Stay Inspired.
We're Here To Make Your Website.
Design tips, trends, and ideas — in your inbox.
Join who get exclusive design insights in their inbox.